Heran kan.

Aku baru jaga dari tidur yang panjang. Hemang hanjang. Huh. Haku hasa hanggal hulak hah lama hak hlogging hi. Eh sorry terdedah kelemahan diri pulak.

Apa-apapun, lepas SPM memang dah rasa bebanan. Macam angkat satu rumah, tanpa rumah tu. Macam angkat berat 100kg, tanpa 100kg tu. Macam angkat The Biggest Loser, tanpa The Biggest Loser tu. Aku benci sungguh bila aku bangun awal pagi-pagi, gosok baju dalam bilik bibik, mandi dan gosok pulak gigi dalam bilik air, tengah-tengah gosok gigi mama hempuk belakang. "Mer ni gagap ka apa?"

"Apahal Ma?"
"Hari ni kan hari Jumaat? Mana sekolah."
"Eh!" 
................

"Mama!!! Hahaha sapa lagi gagap ni? Orang dah habis sekolah la."

Ya, aku harap ia berlaku. 

Ni haritu ada wartawan interview aku pasal blog aku jadi hot kejap lepas tersenarai dalam Google Greatest Pornsite of The Minute.

Hai. Err...
Ya interview je lah.

Ni Encik..?
Ya la. Betul la tu. Cepatlah.

Boleh terangkan sikit mengenai Encik?
Boleh. Aku lelaki, single, moden kontemporari, menarik, 17 tahun. Kau taknak terangkan pasal diri kau jugak?

Oh. Boleh. Saya..
Ok next. Bagi aku soalan.

Nama penuh Encik?
Amirul Rezza bin Amer Johari. Orang panggil aku Amer. Kadang-kadang orang tak panggil apa-apa sebab dia bisu. That's all.

Umur?
Lagi 7 tahun umur aku 25 tahun. Kau kira sendiri. Manager aku suruh hafal macam tu je. Do the math.

18 tahun, lesen kereta dah ambil?
Em tulah. Aku dah kata kat Mama, sejak aku tak ada lesen motor, apatah lagi mustahil aku nak ambil lesen kereta. 

"Mama kalau mer tak ambil lesen kereta, esok kalau Mama berdua ja ngan Mer kat rumah, tiba-tiba Mama sakit jantung.."
"Ok pergilah ambik. Belajar rajin-rajin."

Apa rasa dah tersenarai dalam Google Greatest Pornsite of The Minute?
Aku rasa bangga. Aku tak sangka yang cubaan aku buat blog untuk cari duit untuk dapatkan modal buka kedai jual pisang goreng berhasil. Hasilnya, pisang goreng ke mana apa ke mana. Ya, aku bangga. Bangga sangat dengan PENGIKTIRAFAN korang ni.

Apa tema blog Encik?
Kasih sayang menjana transformasi. Oh ada dua. Satu lagi, Kasih sayang untuk memuhyiddinkan rakyat dan merais yatimkan kerajaan. Ok aku gurau.

Kenapa privatekan blog?
Saja. Sebab SPM, sebab tak ada idea. Aku ingat korang buat bancian untuk blog aku masa aku privatekan blog. 

Jadi, lepas ni memang free la?
Em. Kau ni apahal.

Maaf Encik Amer, tapi saya cuma bertanya.
Ok sambung la kau nak tanya apa. Cepatlah aku nak pergi Mekah pulak ni.

Apa rahsia kejayaan Encik Amer?
I just do what it takes to get here. Next. Oh, jangan lupa, play porn and you won. Tu slogan aku. 

Encik Amer rasa boleh kalahkan Haziz Zalimke?, em dia kan appear in a better way, so tak rasa ka cara Encik Amer blog ni macam lahanat neraka jahannam?
Amboi kau. Aku rasa semua orang ada kelebihan masing-masing. Haziz Zalimke? dulu pernah kena reject dengan aku masa dia audition nak masuk blog aku ok. Trust me, semua yang kau nampak baik tu jahat, yang kau nampak jahat tu sebenarnya baik.

Oh. Saya percaya dengan Encik Amer. Ok, terima kasih kerana sudi luangkan masa dengan saya. Sebelum tu, nama saya Encik Jahil bin Junub. Saya wartawan dari majalah sensasi negara kita, Mestike?. Saya beransur dulu.
Ok thanks babi. Bye.

Sweet la kau.

9 comments:

Farah Dafri said...

Interview gempak habis . Lepas ni saya nak interview encik pulak .

Ahmad Luqman said...

Kasih sayang untuk memuhyiddinkan rakyat dan merais yatimkan kerajaan. Hahaha. Amer kembali.

kainbatiksaya said...

Fuhhh dah start blog balik. Rindu kau weii. Haziz Zalimke, ciss kau.

Fateen Insyirah said...

awh amer kembali beraksiii

Syd Rahim said...

Anda memang hebat

Azrie Abdullah said...

itu diaa , kini kembali .

Syafika Syahiza said...

hahaha masih seperti dulu! good! welcome back amer! :)

zainalalieff said...

Pal lu?
Dah habis SPM en.
Chill la!

Welcome back, Abang Amer :)

anaylaaa. said...

ahahahahaaa :D