Chiao.

Blog ni banyak memori. Ada yang pahit, banyak yang manis. Daripada zaman rasa awkward nak menulis, sampailah rasa macam semua blogger tu jiran tetangga, sampailah sekarang, rasa awkward tu datang balik. Daripada usaha gigih blogwalking sambil tinggalkan jejak dalam komen atau chatbox dengan ayat tipikal (kalau ada yang masih ingat) "Hey, I'd like to invite you to my blog. No government tax included.". Lebih kurang macam tu lah ayat poyo aku dulu. Pffft.

Berkenalan dengan semua orang. Buat lawak bodoh, cerita benda yang tak patut diceritakan. Mencarut sana sini. Buat macam ini dunia aku. Padahal tak pun. Perkara yang paling best ialah, aku discover banyak benda bila buat blog ni. Banyak, yang tak mampu aku ceritakan dalam satu post. (Dahlah banyak, pastu boring. Korang kan nak content yang vulgar 24 jam. Kang tak menepati citarasa, terus unfollow aku.)

Luqman, Zainal Alieff, Dila, Dean dan lagi sorang dah lupa. Azam kot. Konon-konon nak buat famous blogger alliance. Jadilah jugak. Aku ingat korang keluar pergi mana tah lepas haritu. Thanks jemput aku, walaupun tahu prinsip anonymity yang aku pegang sangat kuat. 

Aku tak rasa sesiapa pun tahu, siapa aku sebenarnya. Walaupun aku rasa tak ramai yang nak tahu, tapi lantaklah aku nak tulis. Rasa nak gelak. Rasa nak semua lah. Haha. 

So, sampai di sini saja Amirul Rezza. Malas nak main permainan teka-meneka. Buat yang dah tahu, diamkan sudah. Buat yang tak tahu, nanti aku bagitahu (janji sama lepas 4 tahun tak pernah bagitahu LOL). Lepastu nak ucapkan syabas kepada yang dah berjaya copy karangan-karangan aku di blog lagi satu. Rasa nak letak pistol kat kepala sebab menyesal dengan kebodohan diri tak letak Nuffnang kat blog tu. Haha jk. Jadi...

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih semua. 

Aku bukan paling baik.

Bayangkan dunia kita tak ada orang jahat.

Satu hari ada nenek tua pergi balai polis. Nak report ada kelindan lori dari Sungai Siput rogol cucu dia di celah lori. 

"Tuan, tolonglah saya. Saya nak buat laporan, cucu saya baru kena rogol dengan kelindan lori dari Sungai Siput. Nama dia Hamdan."

Tiba-tiba polis tu jawab.

"Oh makcik. Sayalah Hamdan tu. Sayalah yang rogol cucu makcik. Ni Tuan Zaidi, nah tolong garikan aku."

Tiba-tiba Tuan Zaidi pulak masuk scene.

"Eh amende pulak kau. Aku lah yang nama Hamdan yang rogolkan cucu makcik ni. Nah gari ni. Garikan aku."

Tiba-tiba nenek tu bantah.

"Tak kot. Akula Hamdan. Aku la yang rogol cucu aku. Bak sini gari tu."

.....................

Aku nak buat lawak selalu tak jadi.

Pernah tak satu masa dalam hidup korang, korang akan senyap-senyap buat salah, hanya sebab tak ada orang di sekeliling? Padahal sebelum tu koranglah orang yang paling dengki tengok orang lain buat salah.

"Tak baik tau tak pakai tudung."
"Tak baik tau pakai baju ketat."
"Tak baik tau hisap hohe (sengau)."

Rupa-rupanya dekat rumah cikgu kaunseling aku, kaulah yang pertama sekali buat. Apa punya cilakak.

"Tak baik tau minum arak."
"Tak baik tau hisap rokok."
"Tak baik tau hisap hohe (sengau)."

Rupa-rupanya dalam stor sukan sekolah aku, kaulah yang pertama sekali try. Apa punya cilabang.

Tak apalah, dia nak buat jahat, biarkan. Tapi jangan biarkan terus, simpanlah dalam otak korang, rasa kesian kat dia. Sebaik-baik diri aku adalah sebaik-baik diri kau, dan sejahat-jahat diri aku, adalah sejahat-jahat diri kau, sebab kita terpaksa begitu, sebab kita duduk sekali. Lainlah kau dan aku duduk dalam dunia yang berbeza.

Berkali-kali aku diingatkan tentang karma, walaupun pada dasarnya kita tak boleh percaya karma. Kita hanya boleh percaya what you give you get back. Walaupun maksud karma secara kasar ialah what you give you get back. Tapi tetap tak boleh percaya karma.

Haha apa aku mengarut. 

"Berilah susu kepada orang, nescaya susulah yang datang kepada kau. Berilah tuba dan hohe kepada orang, nescaya tuba dan hohelah akan datang kepada kau."

 Whatever.

What's with the eyes.

Aku di Kelantan pada suatu masa. Hari tu aku lapar. Perut dah berkeroncong nak makan KFC. 

Aku pun masuk KFC.

"Selamat datang ke KFC.", kakak nama Mastura bukak pintu. Aku senyum sahaja.

Aku tanya kakak kat kaunter tu.

"Kak, KFC kat mana?"
"Hah? Alamak. Kat mana eh? Dila, kau tau KFC kat mana?"
"Tak. Aku rasa tak ada KFC area ni.", jawab kawan dia.

Jadi aku keluar daripada KFC untuk mencari KFC.



........................

Tu contoh lawak tak jadi.

Kau tau ada masa kalau kita buat lawak, dan semua orang tak gelak, benda ini memang jadi isu dalam hidup aku. Aku buat lawak untuk orang gelak, walaupun tak lawak, tapi dah aku buat lawak, gelak sajalah. Apa susah.

Cewah kau. Padahal dalam hati semua orang "Celah bedah mana pulak mamat ni buat lawak bila dia kata dia suka ratah lutut ikan mak dia masak. Cilakak."

Tapi aku sendiri rasa jengkel kalau orang buat lawak tapi haram sepatah pun tak lawak. Aku nak rasa kesian pun ada, tapi sebab aku lebih memahami, aku selalu senyum. Paling kuat senyumlah. Oklah daripada kata "Dah dah pergi balik tak lawak langsung."

Atau.

Daripada dia tahan muka merah padam depan orang ramai yang tak cakap apa-apa. Semua asyik pandang-pandang satu sama lain. Lepastu mesti ada sorang buat-buat cakap "Eh, aku nak pergi tandas. Jom Fadil."

Lepastu semua orang mengaku nama dia Fadil dan semua orang pergi tandas.

Hmm.

Apa lawak paling bodoh korang? Maksud aku.


Yang takkan buat orang tengok korang macam ni.